Perjuangan Sivasangari terhenti di Chicago

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
PEMAIN skuasy wanita negara, S Sivasangari

KUALA LUMPUR: Perjuangan pemain skuasy wanita negara S Sivasangari di Kejohanan Dunia 2024-2025 terhenti selepas tewas 1-3 kepada wakil tuan rumah Olivia Weaver dalam saingan suku akhir di Chicago, Amerika Syarikat.

Dalam pertembungan berlangsung selama 41 minit di Lakeshore Sport & Fitness itu, Weaver yang diletakkan selaku pilihan keempat itu telah mempamerkan aksi cemerlang untuk mengetepikan Sivasangari 11-3, 8-11, 11-4, 11-5 sekali gus melangkah ke separuh akhir.

Weaver dijadualkan berdepan juara dunia tujuh kali Nour El Sherbini dari Mesir pada separuh akhir.

Kekalahan pemain berusia 26 tahun menyaksikan tiada lagi wakil Malaysia dalam kejohanan berkenaan selepas pemain lelaki Ng Eain Yow turut terkandas pada pusingan ketiga, 13 Mei lepas.

Eain Yow tewas 0-3 kepada pemain nombor satu dunia Mostafa Asal dari Mesir dengan 4-11, 6-11, 7-11.

-Bernama  

Bilic kembali teraju Croatia

ZAGREB, Croatia: Slaven Bilic kembali dilantik sebagai ketua jurulatih Croatia, umum Persekutuan Bola Sepak Croatia (HNS) hari ini, bagi menggantikan