Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jasa guru umpama matahari – Tun Wan Junaidi, isteri raikan Hari Guru 2025 dengan penghargaan tulus
  • SEMASA

Jasa guru umpama matahari – Tun Wan Junaidi, isteri raikan Hari Guru 2025 dengan penghargaan tulus

Utusan Sarawak 10 hours ago

PETRA JAYA: “Jasa guru umpama matahari – menyinari tanpa mengira waktu dan lelah. Selamat Hari Guru 2025. Terima kasih, cikgu,” antara ungkapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar sempena sambutan Hari Guru ke-54, hari ini.

Menerusi perkongsian di platform media sosial Facebook beliau, Tun Wan Junaidi, dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, mengambil kesempatan ini, menzahirkan ucapan Selamat Hari Guru 2025 kepada seluruh warga pendidik di Malaysia, khususnya di negeri Sarawak.

Menurut Tun Wan Junaidi, para guru merupakan tonggak utama sistem pendidikan dan tunas harapan negara.

Beliau menegaskan bahawa jasa serta pengorbanan guru dalam mencurahkan ilmu, membentuk sahsiah, dan membina jati diri generasi muda amat besar ertinya serta wajar dikenang sepanjang zaman.

Ujarnya, tanpa kehadiran dan dedikasi para guru, negara tidak mampu melahirkan modal insan yang berilmu, berakhlak mulia, serta berdaya saing.

Mengulas tema sambutan tahun ini, “Guru Pemacu Reformasi Pendidikan”, Tun Wan Junaidi menyifatkannya sebagai satu pengiktirafan terhadap peranan penting guru dalam mendukung agenda transformasi pendidikan negara.

Tema ini, katanya, turut memberi penekanan kepada pemerkasaan profesionalisme keguruan, pembangunan holistik pelajar serta pengukuhan kerjasama antara komuniti pendidikan.

Justeru, beliau menyeru agar para guru sentiasa bersedia menghadapi perubahan landskap pendidikan, selari dengan perkembangan teknologi dan kehendak semasa.

Dalam pada itu, Tun Wan Junaidi turut merakamkan penghargaan kepada guru-guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman dan luar bandar, yang saban hari berdepan pelbagai cabaran termasuk kekangan infrastruktur asas.

Namun begitu, semangat dan iltizam mereka untuk terus mendidik generasi muda tidak pernah luntur.

Beliau yakin bahawa Kementerian Pendidikan sentiasa prihatin serta akan terus berusaha menambah baik kemudahan dan kebajikan para guru, terutamanya yang bertugas di kawasan mencabar.

Mengakhiri perutusannya, Tun Wan Junaidi menyeru seluruh rakyat agar terus menghargai pengorbanan para pendidik dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: TYT, isteri zahir takziah kepada keluarga ketua kaum Bidayuh meninggal dunia
Next: Rakan bantu pegang anak OKU Sarjan Roslan kongsi detik hiba di sisi jenazah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.