Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lelaki cedera diserang ikan yu di pantai Australia Selatan
  • GLOBAL

Lelaki cedera diserang ikan yu di pantai Australia Selatan

Utusan Sarawak 10 hours ago

CANBERRA: Seorang lelaki berada dalam keadaan serius selepas digigit ikan yu di sebuah pantai di Australia Selatan (SA), lapor Xinhua.

Polis SA dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa perkhidmatan kecemasan dikerahkan ke pantai Port Noarlunga, 27 kilometer ke barat daya pusat bandar Adelaide, kira-kira 9.45 pagi Khamis, susulan laporan seorang lelaki digigit ikan yu ketika sedang berenang.

Mangsa dibantu keluar dari air dan diberi rawatan di tempat kejadian oleh paramedik ambulans sebelum dibawa ke hospital dalam keadaan serius.

Perkhidmatan Ambulans SA memaklumkan lelaki itu mengalami kecederaan pada bahagian paha.

Polis SA turut memaklumkan bahawa semua perenang di pantai itu telah diarahkan keluar dari air.
— Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: 21 maut dalam nahas lebuh raya di Mexico

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.