Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • KRT Rangau lancar kempen tarik lebih ramai sertai SRS
  • WILAYAH

KRT Rangau lancar kempen tarik lebih ramai sertai SRS

Utusan Sarawak 11 hours ago
SRS MASYARAKAT… Adinin Adol menyerahkan risalah Kempen ‘1 Keluarga 1 Anggota SRS’ kepada penduduk Rangau, Mohd Hassim Daimon.

LIMBANG:  Kempen ‘1 Keluarga 1 Anggota SRS’ membabitkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Rangau merupakan usaha untuk mengalak lebih ramai anggota keluarga di kawasan itu menyertai Skim Rondaan Sukarela (SRS) pada masa depan.


Pengerusi KRT Perumahan Rangau Adinin Adol berkata penglibatan ahli komuniti KRT dan SRS sangat penting dalam usaha memerangi dan mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan.


“Kempen yang dilaksanakan amat baik kerana menunjukkan komitmen masyarakat dan penduduk melalui program-program anjuran Jabatan Perpaduan dan kerjasama agensi keselamatan diharap dapat menarik minat lebih ramai anggota keluarga dalam kalangan masyarakat menyertai SRS pada masa depan,” katanya kepada media hari ini.


Pada masa yang sama, RS KRT Perumahan Rangau aktif dalam melakukan rondaan dalam menjaga keselamatan dan keamanan di kawasan perumahan itu.


Adinin berkata bagi mewujudkan kejiranan yang selamat dan kondusif ia sebenarnya memerlukan penglibatan semua lapisan masyarakat.


Jelasnya, SRS berperanan amat penting dalam memastikan keselamatan kesejahteraan dan keharmonian komuniti termasuk di kawasannya.


Terdahulu SRS KRT Perumahan turut mengadakan rondaan dan menyerahkan risalah kempen ‘1 Keluarga 1 Anggota SRS’ kepada penduduk di kawasan itu.


Turut hadir Wakil Pegawai Perpaduan Bahagian, Mohd Hassim Daimon.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Naik taraf talian grid 33KV dari Kampung Kaba ke Simpang Nyabor bakal dilaksana

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.