Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pencegahan awal kebakaran penting didik komuniti
  • SEMASA

Pencegahan awal kebakaran penting didik komuniti

Utusan Sarawak 3 weeks ago

GIMIK PELANCARAN… Dato Henry Harry Jinep semasa melancarkan majlis pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia Meriah di Tasik Biru, Bau, hari ini.

BAU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak telah menganjurkan majlis pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran sempena sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia, yang berlangsung meriah di Pentas Utama Pesta Tasik Biru, di sini, hari ini.

Majlis diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut), Dato Henry Harry Jinep, yang menegaskan bahawa kempen ini merupakan usaha penting dalam memperkenalkan aspek keselamatan dan pencegahan awal kebakaran kepada masyarakat.

“Langkah pencegahan awal dalam keselamatan kebakaran amat penting bagi mendidik serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti,” katanya dalam ucapan perasmiannya.

Menurutnya, penganjuran kempen ini memberi manfaat besar kepada masyarakat dalam memperkukuh tahap keselamatan kebakaran dan mengurangkan risiko berlakunya insiden yang tidak diingini.

Turut berucap, Pengarah JBPM Negeri Sarawak, YS PKPjB Jamri Masran, yang menekankan bahawa kempen keselamatan ini perlu menjadi satu budaya yang dipupuk bersama oleh pihak bomba dan komuniti.

“Kempen keselamatan kebakaran ini merupakan inisiatif penting bagi mencegah kejadian tidak diingini.

“Keselamatan di rumah, sekolah, premis, dan tempat awam perlu diberi perhatian serius menerusi kesedaran serta tanggungjawab bersama,” jelasnya.

Beliau turut menggesa orang ramai agar lebih peka terhadap sistem pendawaian elektrik dan sentiasa bekerjasama dengan pihak bomba demi menjamin keselamatan menyeluruh.

Kempen ini dijangka dapat memupuk budaya keselamatan kebakaran yang berterusan serta memperkukuh hubungan antara JBPM dan masyarakat setempat.

Oleh Norman B.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak sasar jadi pemain utama industri aeroangkasa global
Next: Penyukatan tanah NCR perlukan sokongan padu pemilik tanah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.