Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak sasar jadi pemain utama industri aeroangkasa global
  • SEMASA

Sarawak sasar jadi pemain utama industri aeroangkasa global

Utusan Sarawak 15 hours ago
MENTERI Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn pada sidang media di Sarawak Skills hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Sarawak dijangka membuka lembaran baharu dalam penyertaan aktif industri aeroangkasa negara dan rantau ini menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kolej Universiti i-CATS dan National Aerospace Industry Corporation (NAICO) Malaysia yang bakal ditandatangani secara rasmi pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA’25) pada 20 Mei ini.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, inisiatif ini bakal mewujudkan ribuan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dalam bidang kejuruteraan reka bentuk, pembuatan, penyelenggaraan serta pembangunan teknologi aeroangkasa terkini.

Menurutnya, dengan nilai industri aeroangkasa global dijangka melepasi AS$1.4 trilion menjelang tahun 2030, kerajaan negeri komited untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem strategik ini.

“Melalui pengkhususan dalam teknologi seperti dron untuk sektor pertanian, sistem komunikasi satelit, serta pembangunan dan eksport cip semikonduktor bagi aplikasi aeroangkasa, Sarawak akan menempatkan dirinya sebagai penyumbang utama kepada pertumbuhan industri ini,” ujar beliau semasa sidang media di Sarawak Skills hari ini.

Sarawak katanya turut merancang pelbagai inisiatif sokongan seperti pembangunan kampus aeroangkasa di Lundu, penubuhan fakulti aeroangkasa di Kolej Universiti i-CATS dan pelaksanaan laluan pendidikan teknikal hingga ke peringkat tinggi bagi melahirkan tenaga kerja mahir tempatan yang mampu memenuhi permintaan industri masa depan.

“Ini bukan lagi angan-angan. Kita sedang bergerak pantas dan tegas ke arah menjadikan Sarawak sebagai pemain penting dalam landskap aeroangkasa Asia,” ujarnya.

Jelasnya lagi, kerjasama strategik bersama NAICO, agensi persekutuan, serta rakan antarabangsa turut digerakkan untuk menjadikan Sarawak sebagai lokasi pelancaran satelit orbit rendah, sekali gus menyumbang kepada permintaan global terhadap pelancaran satelit kecil dari lokasi khatulistiwa yang strategik. – UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: ASEAN perlu kerja lebih keras untuk tubuh badan penilaian keakuran bahan binaan
Next: Pencegahan awal kebakaran penting didik komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.