Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Hari Belia Negara: Pelbagai inisiatif pembangunan belia diperkasa- Zahid Hamidi
  • SEMASA

Hari Belia Negara: Pelbagai inisiatif pembangunan belia diperkasa- Zahid Hamidi

Utusan Sarawak 19 hours ago

KUALA LUMPUR: Hari Belia Negara yang diraikan hari ini merupakan manifestasi penghargaan kerajaan terhadap peranan dan sumbangan besar golongan belia dalam pembangunan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menerusi hantaran di Facebook rasminya, Ahmad Zahid berkata generasi muda hari ini semakin matang, berilmu serta memiliki daya fikir tinggi dalam mendepani cabaran semasa yang semakin kompleks dan mencabar.

“Atas kesedaran ini, kerajaan terus memperkasa pelbagai inisiatif bagi meluaskan peluang pembangunan belia termasuk dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), keusahawanan, ekonomi hijau dan ekonomi digital, agar anak muda kita bukan sahaja mampu bersaing, malah bersedia memimpin perubahan masa hadapan.

“Saya yakin belia hari ini adalah pencorak masa depan. Teruslah melangkah dengan yakin dan menyumbang dengan semangat yang tinggi kerana masa depan negara ini amat bergantung kepada keberanian dan kebijaksanaan kalian,” katanya.

Sambutan Hari Belia Negara pada setiap 15 Mei dipenuhi dengan pelbagai pengisian di seluruh negara dan ‘Yakin Boleh’ dipilih sebagai tema sambutan tahun ini.– Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka hampir tidak berubah
Next: Kemalangan Trak FRU: Sultan Selangor zahir rasa sedih, titih kerajaan perlu beri perhatian serius

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.