Tambah baik garis panduan mitigasi, kurangkan risiko banjir

Facebook
WhatsApp
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menghadiri Majlis Makan Malam Badudun Bersama Anak-anak Jati Lawas Bintulu di sebuah hotel di Bintulu, malam tadi. Foto: Carolyne Utih

BINTULU: Kerajaan Sarawak mengambil pendekatan strategik bagi mengurangkan risiko banjir di Bintulu dengan melantik perunding antarabangsa untuk menyediakan garis panduan mitigasi yang lebih menyeluruh dan berkesan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, antara langkah awal yang dirancang adalah pembinaan kolam tadahan di kawasan hulu sungai serta kerja-kerja mendalam dan melebarkan Sungai Sibiew bagi mempercepatkan aliran air.

“Kita telah melantik perunding antarabangsa bagi membantu merangka panduan tindakan yang perlu diambil untuk mengurangkan impak banjir. 

“Antara langkah utama yang dikenal pasti termasuk pembinaan kolam di kawasan hulu sungai serta usaha mendalam dan melebarkan Sungai Sebiew,” katanya.

Beliau berucap demikian pada Majlis Makan Malam Badudun Bersama Anak-anak Jati Lawas Bintulu di sebuah hotel malam tadi.

Ujarnya, inisiatif itu penting untuk menjamin keselamatan penduduk serta melindungi aset dan kemudahan awam daripada ancaman banjir yang semakin ketara.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Ngeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee dan ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming.

Oleh Carolyne Utih

PEKEMA sedia hadapi peralihan pengguna kepada EV

KUCHING: Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu (PEKEMA) melihat peralihan cita rasa pengguna daripada kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) kepada kenderaan

PEKEMA sedia hadapi peralihan pengguna kepada EV

KUCHING: Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu (PEKEMA) melihat peralihan cita rasa pengguna daripada kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) kepada kenderaan