Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • UPMKB sedia tumpuan peminat Seni Islam melalui iFest2025
  • SEMASA

UPMKB sedia tumpuan peminat Seni Islam melalui iFest2025

Utusan Sarawak 1 day ago
FESTIVAL Kesenian Islam 2025 (iFest2025) anjuran UPMKB kembali dengan pelbagai pengisian seni berteraskan nilai keislaman.

BINTULU: Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) sekali lagi bakal menjadi tumpuan peminat seni Islam apabila Festival Kesenian Islam 2025 (iFest2025) kembali untuk edisi ketiganya, yang akan berlangsung dari 18 hingga 23 Ogos ini.

Bertemakan ‘Kesenian Islam Pencetus Kemakmuran Ummah’, festival selama seminggu itu dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP).

Ia menjadi platform dalam menyemarakkan nilai-nilai murni melalui medium seni yang dekat di hati masyarakat.

Menurut kenyataan UPMKB, enam pertandingan utama akan dianjurkan melibatkan pelbagai kategori penyertaan, termasuk pertandingan menulis khat, memanah, tilawah al-Quran, syarahan agama, bercerita serta nasyid kontemporari.

“Festival ini membuka ruang kepada pelbagai lapisan masyarakat daripada pelajar sekolah rendah, institusi pengajian tinggi hinggalah orang awam untuk bergiat aktif dalam kesenian Islam yang bukan sahaja indah, tetapi juga mendidik,” menurut kenyataan itu lagi.

iFest2025 bukan sekadar medan pertandingan, malah menjadi ruang integrasi ilmu, budaya dan dakwah yang bertujuan memperkukuh sahsiah serta mempererat perpaduan ummah.

Pendaftaran kini dibuka dan orang ramai yang berminat boleh mendapatkan syarat serta borang penyertaan melalui laman web rasmi di http://ifest2025.upm.edu.my atau https://btu.upm.edu.my.

Semua borang penyertaan lengkap perlu dihantar kepada urus setia pertandingan selewat-lewatnya pada 27 Jun 2025.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sekretariat iFest2025 Mohammad Saufi Mohammad Ramli di talian 019-2878588, Muhammad Iskandar Tunggal (011-61188504), dan Veronica Edmund Dana (014-8999923).

Oleh Carolyne Utih

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Keharmonian antara agama pacu pembangunan Sarawak – Francis Harden
Next: Anwar bangkitkan isu MH17 semasa bertemu Putin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.