Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Beri kerjasama penuh kepada JTS dalam proses penyukatan
  • Selatan
  • WILAYAH

Beri kerjasama penuh kepada JTS dalam proses penyukatan

Utusan Sarawak 2 days ago
DR Johnical Rayong Ngipa merasmikan Program Randau Nyukat Tanah NCR di Rumah Panjang Tawie Ragai, Duri Bangat, semalam. Foto Uban Dana

BETONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnical Rayong Ngipa menyeru pemilik tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di kawasannya agar memberikan kerjasama penuh kepada Jabatan Tanah dan Survei (JTS) dalam proses penyukatan tanah mereka.

Menurut beliau, kerjasama itu amat penting bukan sahaja bagi melancarkan proses penyukatan, tetapi juga memberi manfaat jangka panjang kepada pemilik tanah.

“Saya menyeru penduduk di kawasan DUN Engkilili agar sentiasa memberikan sokongan penuh kepada JTS dalam program pengukuran tanah NCR.

“Usaha ini adalah inisiatif kerajaan untuk memudahkan proses dokumentasi dan pemilikan sah tanah oleh penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Randau Nyukat Tanah NCR bagi kawasan Duri, Bukong, Aur Bangat, Isu Bangat, Pitoh, Pelasok, Enteban, Pais dan Lipat dalam Daerah Betong, bertempat di Rumah Panjang Tawie Ragai, Duri Bangat, semalam.

Tambah beliau, pemilik tanah yang telah menerima Surat Hak Milik Tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri (KTN) bebas untuk mengusahakan tanah masing-masing mengikut keupayaan dan kehendak sendiri.

“Mereka tidak perlu bimbang akan sebarang gangguan atau tuntutan daripada mana-mana pihak yang cuba menafikan hak mereka,” ujarnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lapan pertubuhan terima geran MRP, RM200,000 diluluskan untuk bumbung PAWE – PPDK
Next: 100 penerima bantuan terima sumbangan sempena Sejambak Kasih Gawai Dayak 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.