Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Lawas bakal bergema dengan Festival Antarabangsa Mei ini
  • SEMASA

Lawas bakal bergema dengan Festival Antarabangsa Mei ini

Utusan Sarawak 1 day ago
BAHANG KEMERIAHAN… Berbagai papan iklan karnival budaya Cina dan perlumbaan perahu naga mula dipamerkan di sekitar bandar Lawas.

LAWAS: Festival Antarabangsa Bertemakan Budaya, Tarian dan Sukan Air bakal menggegarkan Lawas Mei ini.

Buat julung kalinya, daerah Lawas akan menjadi tuan rumah kepada sebuah acara bertaraf antarabangsa yang menghimpunkan perlumbaan perahu naga, persembahan tarian rakyat, dan festival makanan dalam satu program mega bertemakan “BEYOND WAVES & DANCE RHYTHMS: Celebrating Dragon Boat Racing, Line-Folk Dance & Food Festival 2025.”

Pengerusi penganjur, Liaw Cheng Eng, memaklumkan bahawa program ini akan berlangsung selama empat hari bermula 22 hingga 25 Mei depan, bertempat di Lawas Waterfront.

Acara ini dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Kebudayaan dan Ekspedisi Kaum Cina Lawas, dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak serta kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan.

Antara tarikan utama festival ini ialah perlumbaan perahu naga yang akan melibatkan 28 pasukan dari Sarawak, Sabah, Brunei, dan Labuan.

Selain itu, persembahan tarian rakyat dan Line-Folk Dance oleh 25 kumpulan pelbagai etnik turut dijangka mencuri perhatian pengunjung.

Festival ini juga akan menampilkan persembahan pentas hiburan oleh artis tempatan dan luar negara, jualan makanan dan produk tempatan, serta pameran dan penjualan pakaian serta barangan keperluan harian oleh usahawan kecil dan penjaja tempatan.

Liaw menjelaskan bahawa objektif utama penganjuran festival ini adalah untuk memartabatkan warisan budaya tempatan, menggalakkan gaya hidup sihat melalui seni tari, serta memupuk semangat perpaduan dan kerjasama melalui sukan tradisional seperti perlumbaan perahu naga.

Beliau turut menambah bahawa festival ini dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi komuniti setempat dengan membuka ruang kepada pengusaha tempatan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka kepada pengunjung dari dalam dan luar negara.

Majlis perasmian festival ini dijadualkan disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Turut dijangka hadir ialah Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong, serta tetamu kehormat lain.

Sehubungan itu, Liaw mewakili pihak penganjur menjemput seluruh penduduk setempat dan pelancong dari dalam serta luar negara untuk hadir menyaksikan keunikan budaya, kepelbagaian tarian, dan semangat kesukanan yang bakal menyerikan Lawas dalam suasana penuh warna-warni dan kemeriahan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Lawas bakal terkenal sebagai hab pelancongan agro, pengeluar keju Mozarella terbesar Asia Tenggara
Next: Keharmonian antara agama pacu pembangunan Sarawak – Francis Harden

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.