Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 11,000 pelajar terima bantuan kelengkapan sekolah
  • Tengah
  • WILAYAH

11,000 pelajar terima bantuan kelengkapan sekolah

Utusan Sarawak 9 hours ago
UNTUK ALBUM… Dato’ Sri Huang Tiong Sii bergambar bersama pelajar SMK St Anthony yang menerima bantuan beg sekolah DSH 2025.

SARIKEI: Seramai 11,000 pelajar dari kawasan Repok dan Meradong menerima bantuan kelengkapan sekolah tahun ini menerusi Program Pembangunan Sahsiah Pelajar, sebuah inisiatif yang diperkenalkan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

Program ini dilaksanakan bagi meningkatkan kesejahteraan serta motivasi pelajar luar bandar melalui sumbangan pakaian seragam, beg dan kasut sekolah.

Huang, yang juga Ahli Parlimen Sarikei merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, berkata bahawa inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen berterusannya dalam menjadikan pendidikan sebagai keutamaan pembangunan.

“Pendidikan merupakan salah satu agenda pembangunan terpenting di negara ini. Sebagai wakil rakyat, saya sentiasa memastikan pelaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dijalankan dengan berkesan, khususnya demi pembangunan pendidikan di Sarikei,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyerahan bantuan beg sekolah DSH 2025 kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Anthony, semalam.

Program Pembangunan Sahsiah Pelajar mula dilaksanakan di Repok pada 2019 dan diperluaskan ke Meradong pada 2023.

Tahun ini, sebanyak 11,000 pelajar telah menerima manfaat daripadanya.

“Bantuan ini adalah usaha berterusan saya dalam menjaga kebajikan pelajar.

“Saya berharap sumbangan ini dapat memberi motivasi kepada mereka untuk memulakan sesi persekolahan dengan lebih yakin dan ceria,” ujar beliau lagi.

Dalam ucapannya, Huang turut merakamkan penghargaan terhadap prestasi cemerlang SMK St Anthony dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum.

“Saya amat berbangga dengan kejayaan pelajar Tingkatan 5 SMK St Anthony dalam SPM tahun lalu.

“Syabas kepada pengetua, guru-guru serta seluruh warga sekolah atas usaha gigih yang membuahkan hasil membanggakan,” katanya.

Beliau turut menggesa seluruh komuniti sekolah agar terus bekerjasama memperkukuh budaya kecemerlangan dan menambah nilai dalam sistem pendidikan tempatan.

“Saya menyeru agar guru-guru, kakitangan, pelajar, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Lembaga Pengurusan Sekolah serta Persatuan Bekas Pelajar terus memberikan sokongan padu kepada kepimpinan sekolah dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan,” tambahnya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengetua SMK St Anthony Vincent Liong, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Reverend Father Simon Lau, serta Pengerusi PIBG Normah Edueng.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Empat projek bernilai RM13.2 juta di DUN Saribas dipantau rapi
Next: Lima ladang sawit sertai program kesedaran keselamatan kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.