Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pendakwaan remaja pandu tanpa lesen akibatkan 5 kematian bermula 14 Mei
  • JENAYAH

Pendakwaan remaja pandu tanpa lesen akibatkan 5 kematian bermula 14 Mei

Utusan Sarawak 23 hours ago

KUCHING:Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang terlibat dalam kemalangan tragis di Jalan Stutong Baru, di sini pada 14 Januari lalu yang mengorbankan lima nyawa, akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuching pada 14 Mei 2025.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, berkata kemalangan yang berlaku sekitar 1.10 tengah hari itu melibatkan tiga kereta, dan dua motosikal.

“Empat mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan.

Berdasarkan siasatan lengkap mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, kes berkenaan telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara di Putrajaya untuk tindakan lanjut.

“Hasil semakan, pihak Jabatan Peguam Negara telah memutuskan untuk mendakwa remaja berkenaan atas dua pertuduhan – pertama, di bawah Seksyen 41(1) kerana menyebabkan kematian akibat pemanduan melulu atau berbahaya; dan kedua, di bawah Seksyen 39(1) kerana memandu kenderaan sebelum mencapai umur yang dibenarkan iaitu 16 tahun,” jelas Alexson.

Tambah beliau, bapa remaja itu yang berusia 35 tahun turut akan didakwa mengikut Seksyen 33(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana gagal menjalankan tanggungjawab menjaga dan mengawasi anak di bawah jagaannya.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: PDRM siasat kemungkinan Pamela Ling lari ke luar negara
Next: Polis Marin tumpas cubaan seludup diesel haram di Pending

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.