Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tanah susur bahayakan akses ke Taman Megah
  • Utara
  • WILAYAH

Tanah susur bahayakan akses ke Taman Megah

Utusan Sarawak 18 hours ago
BERI AMARAN… Anggota bomba memantau kawasan tanah susur berhampiran Taman Megah, Jalan Kubong, Limbang sambil memasang tanda amaran bahaya.

LIMBANG: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang mengesan kejadian tanah susur di laluan masuk utama Taman Megah, Jalan Kubong, semalam.

Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang, Ramlan Marajan berkata, pihaknya menerima laporan kecemasan mengenai kejadian itu pada 7.12 malam.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota bomba dengan dua jentera telah digerakkan ke lokasi kejadian, yang terletak kira-kira 10 kilometer dari balai, bagi melaksanakan operasi khidmat khas berkaitan tanah runtuh.

“Setibanya di lokasi, pasukan kami mengesan berlaku tanah susur yang menjejaskan laluan utama keluar masuk ke kawasan perumahan Taman Megah, menyebabkan jalan menjadi sempit dan berisiko tinggi kepada pengguna.

“Kami menasihatkan penduduk dan penghuni berhampiran agar berpindah segera sekiranya terdapat tanda-tanda pergerakan tanah serta memasang tanda amaran di kawasan berisiko,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Ramlan turut memaklumkan bahawa agensi-agensi berkaitan seperti Pejabat Daerah, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah dimaklumkan berhubung kejadian tersebut bagi tindakan lanjut.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gangguan elektrik ketika lawatan ADUN Meradong
Next: Menara pagoda tujuh tingkat bakal jadi mercu tanda baharu Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.