Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sepak Takraw Piala Asia 2025: Hasrat Malaysia raih juara berganda tidak kesampaian
  • SUKAN

Sepak Takraw Piala Asia 2025: Hasrat Malaysia raih juara berganda tidak kesampaian

Utusan Sarawak 22 hours ago
AKSI pemain negara, Muhammad Afifuddin Mohd Razali cuba membuat libasan bola ke arah pasukan Jepun dalam pertandingan akhir acara Quadrant pada Kejohanan ASTAF Sepaktakraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa, hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Hasrat Malaysia untuk meraih kejuaraan berganda tidak kesampaian apabila tewas kepada musuh tradisi, Thailand, dalam acara double pada kejohanan sepak takraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa di sini malam ini.

Malaysia yang diwakili gandingan Muhammad Noraizat Nordin dan Muhammad Redwan Hakim Muhammad turun dengan aksi cemerlang untuk mendominasi set pertama dengan 15-7.

Bagaimanapun, Thailand yang membariskan Sirisak Analoon dan Tanaphon Sapyen yang menggantikan Boonkom Tipwong, bangkit menguasai set kedua dengan 15-10 sebelum melengkapkan kemenangan dengan 15-12.

Kekalahan malam ini menyaksikan Malaysia masih belum berjaya menjinakkan gergasi sepak takraw dunia itu, selepas tewas dalam saingan peringkat kumpulan pada Sabtu lepas.

Terdahulu, Malaysia muncul juara acara kuadran selepas mengecewakan Jepun 2-0.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sepak Takraw Piala Asia 2025: Malaysia cipta sejarah juara kuadran
Next: Son mahu kenangan indah bersama Spurs

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.