Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • DBNA Wanita Bau jayakan Program 3L
  • Selatan
  • WILAYAH

DBNA Wanita Bau jayakan Program 3L

Utusan Sarawak 11 hours ago
DATO Henry Harry Jinep bergambar bersama peserta Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (Program 3L) kelmarin. Foto UKAS

BAU: Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Cawangan Wanita telah berjaya menganjurkan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (Program 3L) kelmarin.

Program dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) dan DBNA sempena ulang tahun ke-70 DBNA ini bertujuan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat melalui integrasi ilmu tradisional dan kemahiran moden.

Selain itu, ia juga bertindak sebagai platform untuk memupuk kreativiti dan meningkatkan penyertaan komuniti dalam bidang pendidikan serta inovasi.

Majlis Penutupan Program telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep.

Objektif utama program adalah memelihara warisan ilmu tradisional, menggalakkan kreativiti sains dalam kalangan peserta, serta memperkukuh hubungan antara ibu bapa dan pelajar melalui pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan dan mendidik.

Pelbagai aktiviti menarik dianjurkan, antaranya Bengkel Silotuong di Dewan DBNA Cawangan Bau, manakala Pembuatan Balm Bibir serta Karnival Botani Ibu Bapa-Pelajar berlangsung di Tadika St. Francis, Bau. – UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gawai lambang kesyukuran, bukan sekadar perayaan
Next: Perkukuh keimanan, perluas fahaman al-Quran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.