Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Malaysia pertingkat kemantapan semikonduktor
  • BISNES

Malaysia pertingkat kemantapan semikonduktor

Utusan Sarawak 15 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Malaysia berpeluang mendapat akses lebih luas dalam cip semikonduktor termaju berikutan langkah Washington menarik balik sekatan ke atas eksport cip, yang boleh mendorong negara berkembang daripada kekuatan sedia ada dalam pembungkusan dan pengujian peringkat pertengahan, kepada reka bentuk cip huluan bernilai tinggi.

Peningkatan skala dan kepakaran dalam pembuatan cip ini akan membantu memantapkan kedudukan Malaysia sebagai pengeksport semikonduktor keenam terbesar dunia.

Pengasas dan Rakan Pengurusan Chur Associates Chris Tan berkata prestasi cip yang dipertingkatkan ini akan turut mengukuhkan kemampuan Malaysia dalam pusat data yang telah menerima manfaat daripada persekitaran yang berkesan dari segi kos dan mesra sumber.

“Pendekatan baharu (Donald) Trump akan memerlukan rundingan antara negara dengan negara, (dan) pada akhirnya beliau lebih cenderung kepada perjanjian,” katanya mengulas langkah Amerika Syarikat (AS) menarik balik sekatan ke atas eksport cip yang dikenakan oleh pentadbiran (Joe) Biden sebelum ini.

“Langkah Trump ini hampir sama dengan tindakan beliau untuk mengenakan tarif, ‘yang menyebabkan kesemua pihak terpaksa berunding dengannya tanpa garis panduan yang jelas mengenai perkongsian kemajuan teknologi kecerdasan buatan (AI) AS,’” katanya.

Pada Rabu pentadbiran Trump dilaporkan bercadang untuk mengkaji semula peraturan ketika era Biden yang menyekat eksport ke atas cip AI dalam usaha mengehadkan akses China dan pada masa mengekalkan keupayaan pengkomputeran termaju ini dalam kalangan AS dan sekutunya.

Bagaimanapun, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpendapat hasrat untuk mengehadkan akses ke atas cip AI buatan AS masih kekal; tumpuan kini bersandar kepada bagaimana ia akan dilaksanakan memandangkan peraturan semasa (oleh Biden) yang dianggap merumitkan.

“Saya berpandangan bahawa kerajaan telah secara proaktif mengemudi landskap industri ini dengan baik, misalnya kerjasama dengan ARM Holdings Plc berkenaan lesen dan pengetahuan berkaitan semikonduktor,” katanya.

Mohd Afzanizam berkata kerjasama sedemikian akan mempercepat keupayaan syarikat Malaysia untuk menghasilkan cip sendiri.

Mengenai sama ada Malaysia melaksanakan pelaburan secukupnya dalam kemampuan pembuatan semikonduktor untuk mengurangkan pergantungan kepada teknologi asing, beliau berkata keadaan ini masih tidak jelas.

Bagaimanapun beliau berkata penglibatan Malaysia sejak sekian lama dalam segmen pemasangan dan ujian semikonduktor sumber luar (OSAT) memperlihatkan lebih banyak usaha perlu dilaksanakan supaya pemain sedia ada akan berkembang dan menjadi lebih maju dalam rantaian nilai.

Presiden Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) Datuk Seri Wong Siew Hai pula berkata Malaysia perlu melindungi teknologi manakala syarikat mesti mematuhi semua keperluan sekatan.

Beliau menegaskan bahawa Malaysia perlu berdaya saing dan mengikut peraturan untuk memantapkan kepimpinannya di peringkat global dan memperteguh kedudukan sebagai hab semikonduktor yang dipercayai. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Sektor maritim tidak kalis perang tarif, jejas syarikat kecil
Next: Teknologi moden, komersialisasi jadi keutamaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.