Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 17 warga asing ditahan dalam operasi OPS SAPU di Saratok
  • JENAYAH

17 warga asing ditahan dalam operasi OPS SAPU di Saratok

Utusan Sarawak 22 hours ago
SATU operasi “OPS SAPU” yang dijalankan oleh Unit Penguatkuasa Jabatan Imigresen Sri Aman di Saratok, semalam. Foto: Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak
 

SARATOK: Seramai 17 individu telah ditahan dalam satu operasi “OPS SAPU” yang dijalankan oleh Unit Penguatkuasa Jabatan Imigresen Sri Aman di Saratok, semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak hari ini menyatakan operasi yang melibatkan seramai lapan anggota penguat kuasa itu telah dilaksanakan semalam sekitar 12.13 tengah malam.

“Serbuan telah dilakukan di rumah kongsi yang terletak di sebuah ladang di kawasan tersebut. 

“Hasil daripada operasi itu, pihak berkuasa telah menahan seramai 17 individu yang terdiri daripada 14 lelaki dan tiga wanita,” katanya.

Antara kesalahan yang dikesan ke atas individu-individu yang ditahan adalah tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan juga didapati tinggal di negara ini melebihi tempoh masa yang dibenarkan oleh undang-undang.

Kesemua individu yang ditahan dibawa ke pejabat imigresen untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada. 

Operasi seperti ini akan terus dijalankan bagi memastikan undang-undang imigresen sentiasa dipatuhi.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Interpol rakam percakapan anak Pamela Ling di Singapura dalam masa terdekat 
Next: Molotov attack at Jalan Patingan under investigation, says ACP Alexson Naga Chabu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.