Kebakaran ladang rumbia Sebakong terkawal sepenuhnya selepas hujan lebat

Facebook
WhatsApp
TERKAWAL…Kawasan ladang yang terbalar sejak Jumaat lalu akhirnya berjaya dipadamkan sepenuhnya hari ini berikutan hujan lebat di kawasan berkenaan. -Foto PGO 
 

MUKAH: Operasi memadam kebakaran ladang rumbia di Ladang Pelita Sagu Sebakong di sini, yang terbakar sejak Jumaat lalu, akhirnya berjaya dikawal sepenuhnya selepas hujan lebat melanda kawasan berkenaan hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi pada hari ketiga.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati kebakaran terkini dalam keadaan terkawal dan tidak merebak ke seberang jalan utama.

“Ini berikutan adanya parit besar yang berfungsi sebagai firebreak serta perubahan arah angin ke utara yang melambatkan proses pembakaran dan mengurangkan sumber bahan bakar,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu lagi, pasukan bomba turut menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan pam terapung (floating pump) untuk menyedut air dari parit berdekatan sebagai usaha mengawal api.

Sementara itu, pada 10.50 pagi, komander operasi melaporkan bahawa api telah padam sepenuhnya susulan hujan lebat di kawasan ladang, sekali gus operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya dan kawasan berkenaan kini dilaporkan selamat.

Terdahulu, pada hari pertama kebakaran, ladang tanaman rumbia yang terbabit melibatkan keluasan 50 hektar, dengan anggaran 12 hektar terbakar.

Usaha pemadaman sebelum ini mengalami kesukaran berikutan angin kencang yang menyebabkan api terus marak pada waktu petang.

Oleh Tarani Lanting

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis