Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • PBSM bawa kegembiraan kepada pesakit di HUS
  • KESIHATAN

PBSM bawa kegembiraan kepada pesakit di HUS

Utusan Sarawak 1 day ago
PENYERAHAN hamper oleh Superintendent kejururawatan, PBSM Kuching kepada tiga bayi yang dilahirkan pada 8 Mei 2025 dandisaksikan oleh Dr. Alex dan Saridin daripada Hospital Umum Sarawak serta ahli jawatankuasa PBSM Kuching. Foto: PBSM Kuching

KUCHING: Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) cawangan Kuching telah mengadakan lawatan ke Wad Pediatrik, Hospital Umum Sarawak (HUS) bersempena sambutan Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia pada Khamis lalu.

Lawatan tersebut bertujuan menyemarakkan tema sambutan tahun ini, ‘On the Side of Humanity’ yang menekankan nilai kemanusiaan serta penghargaan terhadap individu yang membawa perubahan positif kepada komuniti masing-masing.

Dalam lawatan berkenaan, hamper telah disampaikan kepada tiga bayi yang dilahirkan pada tarikh 8 Mei 2025. 

Selain itu, pihak persatuan turut berkolaborasi dengan Singapore Chicken Rice bagi menyumbangkan sebanyak 120 bungkus nasi ayam kepada kanak-kanak yang sedang menerima rawatan di wad tersebut.

Menurut kenyataan daripada PBSM cawangan Kuching, tema tahun ini membawa mesej bahawa tindakan berasaskan kemanusiaan perlu dijadikan suatu realiti bersama masyarakat. 

Mereka menegaskan bahawa sukarelawan dan kakitangan yang berasal daripada komuniti sendiri merupakan tulang belakang kepada kejayaan dan impak pergerakan kemanusiaan yang dijalankan.

“Walaupun berdepan ketidaktentuan dan pelbagai cabaran, para sukarelawan tetap komited dalam menyampaikan khidmat dan menjunjung tinggi misi kemanusiaan yang telah lama dipegang,” jelas kenyataan itu lagi.

Sambutan tahunan ini juga merupakan platform untuk mengiktiraf dedikasi mereka yang sentiasa berada di sisi individu dalam krisis, membina kepercayaan dan bertindak dengan cekap dalam misi kemanusiaan.

Oleh Amanda L

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Malaysia bebas daripada penyakit antraks
Next: Zakat RM300,000 perkasa usaha bela komuniti PLHIV di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.