Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dua rumah panjang terima manfaat PMR
  • Tengah
  • WILAYAH

Dua rumah panjang terima manfaat PMR

Utusan Sarawak 1 day ago
SESI PENGESAHAN… Gung Chiu Kion (tiga kiri) bergambar bersama pegawai Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak, Nurfatiha (dua kiri) di sesi sesi pengesahan siap kerja naik taraf tempat letak kenderaan.

SARIKEI: Dua rumah panjang di Meradong menerima manfaat di bawah Projek Mesra Rakyat (PMR) menerusi pelaksanaan kerja naik taraf tempat letak kenderaan yang kini telah siap sepenuhnya.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii berkata, sesi pengesahan siap kerja telah dijalankan di Rumah Lampong Seruji, Batu 4 Jalan KJD Meradong dan Rumah Badi Rebeng, Sungai Lemayong, Meradong pada semalam.

“Sebagai wakil rakyat, saya sentiasa komited memastikan setiap kampung dan rumah panjang di kawasan ini menerima manfaat pembangunan yang menyeluruh.

“PMR ini adalah bukti keprihatinan kerajaan dalam memenuhi keperluan asas rakyat di peringkat akar umbi,” katanya dalam satu kenyataan.

Tiong Sii juga bertekad akan terus memperjuangkan lebih banyak projek seumpama ini untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar.

“Pelaksanaan projek ini bertujuan untuk meningkatkan kemudahan asas dan kesejahteraan penduduk rumah panjang, selaras dengan aspirasi kerajaan untuk memperkasakan pembangunan luar bandar secara inklusif dan berimpak tinggi.

“Pembangunan luar bandar tidak seharusnya dilihat sebagai satu pilihan, tetapi satu keutamaan yang perlu diberikan perhatian berterusan,” katanya.

Katanya, setiap kemudahan yang disediakan, walaupun kecil pada skala projek, ia tetap memberi impak besar kepada kesejahteraan harian masyarakat setempat, khususnya dalam aspek keselamatan, keselesaan dan kebersihan persekitaran.

Dalam pada itu, hadir bagi mewakili beliau di sesi pengesahan siap kerja ialah Gung Chiu Kion.

Turut hadir pegawai Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak, Nurfatiha dan pasukan Pusat Khidmat Parlimen Sarikei.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BBP Sarikei terap kesedaran kebakaran kepada masyarakat
Next: BBP Bintangor periksa alat keselamatan kebakaran di lima premis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.