Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Karnival AGG bukti sukan jadi pemangkin pembangunan komuniti
  • TEMPATAN

Karnival AGG bukti sukan jadi pemangkin pembangunan komuniti

Utusan Sarawak 12 hours ago
PESERTA gimnastik yang terlibat dengan Karnival AGG Sarawak 2025.

KUCHING: Karnival Gimnastik Berkumpulan Estetik (AGG) Sarawak 2025 membuktikan bahawa acara sukan bukan sekadar pentas pertandingan tetapi juga pemangkin penting dalam pembangunan sukan akar umbi di Sarawak.

Menurut Setiausaha politik kepada Premier Sarawak, Kho Teck Wan, karnival tersebut merupakan platform penting yang menyokong agenda kerajaan negeri dalam membina ekosistem sukan yang lestari bermula dari peringkat akar umbi. 

“Sokongan terhadap pembangunan bakat muda tempatan adalah pelaburan jangka panjang untuk masa depan sukan negeri.

“Saya menyeru para atlet muda gimnastik agar terus berusaha tanpa mengenal penat lelah dalam mengejar kejayaan, sambil mengingatkan bahawa tiada jalan pintas dalam dunia sukan yang kompetitif.

“Platform yang disediakan oleh Persatuan Gimnastik Berkumpulan Estetik Sarawak (SAGGA) ini bukan sekadar tempat latihan, tetapi medan pertandingan yang mempersiapkan atlet menghadapi gelanggang lebih besar pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Timbalan Premier, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian pada majlis Perasmian Penutupan SAGGA Karnival 2025, hari ini.

Karnival anjuran SAGGA dengan sokongan Persatuan Gimnastik Berkumpulan Estetik Malaysia (MAGGA) ini berlangsung selama dua hari bermula hari ini di Dewan Sa’ati, Ibu Pejabat SUPP, Kuching.

Karnival tersebut menghimpunkan lebih 70 gimnas berusia antara empat hingga 25 tahun dari seluruh negara, majoritinya merupakan anak jati Sarawak.

Kelab-kelab dari Sarawak dan Semenanjung seperti Kickstart Gymnastics (Selangor), Mine Dance Studio, Spade Team AGG Club, dan Track & Dance turut mengambil bahagian, menandakan pertukaran ilmu dan pengalaman yang memperkayakan ekosistem sukan tempatan.

Sokongan daripada jenama seperti MILO turut memperlihatkan sinergi antara sektor korporat dan pembangunan sukan akar umbi.

Karnival tersebut memberi harapan baharu kepada gimnas muda Sarawak, yang bukan sahaja diasah dari segi bakat tetapi juga dididik dengan nilai ketabahan, disiplin dan semangat berpasukan yang menjadi asas kukuh untuk kejayaan sukan negeri pada masa hadapan.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Golongan muda diingatkan waspada sindiket penipuan
Next: Dokumentasi bangunan bersejarah di Sarawak perlu diterbitkan secara digital

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.