Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bako Day 2025 meriah: Kukuhkan komuniti, promosi pelancongan tempatan
  • TEMPATAN

Bako Day 2025 meriah: Kukuhkan komuniti, promosi pelancongan tempatan

Utusan Sarawak 13 hours ago
PERTANDINGAN memasak Bako Day 2025.

PETRA JAYA: Sambutan Bako Day 2025 berlangsung meriah dengan pelbagai aktiviti menarik yang mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat serta pelawat dari luar kawasan.

Program tahunan itu telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni.

Menambahkan lagi kemeriahan, Hazland turut menyertai acara konvoi bermotosikal bersama penduduk kampung, disertai kumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi yang menjelajah sekitar kawasan kampung.

SANTAI... Datuk Dr. Hazland menunggang motosikal mengelilingi kampung. 

Walaupun bukan acara baharu, Bako Day yang telah wujud sejak 1950-an terus relevan dan menjadi platform penting dalam mengeratkan hubungan masyarakat.

Antara aktiviti yang dianjurkan termasuk pertandingan memasak, gubahan bunga, serta pelbagai acara untuk kanak-kanak.

PERTANDINGAN gubahan Bako Day 2025.

Beberapa agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) turut berganding bahu menjayakan penganjuran kali ini.

“Program seperti ini bukan sahaja mampu mengeratkan silaturahim sesama penduduk, malah berpotensi besar dalam mempromosikan pelancongan Bako serta merancakkan ekonomi tempatan,” ujar Hazland dalam ucapan perasmiannya.

Sementara itu, Ketua Kampung Bako Tengah, Nusi, menyifatkan penganjuran Bako Day 2025 sebagai satu inisiatif cemerlang dalam memupuk semangat perpaduan komuniti.

“Ia bukan sahaja menyatukan penduduk, malah membawa manfaat ekonomi yang besar kepada kami,” katanya.

Program ini turut dilihat sebagai platform strategik untuk mempromosikan Taman Negara Bako, salah satu destinasi ekopelancongan utama di Sarawak, kepada pelancong tempatan dan antarabangsa.

Kemeriahan sambutan tahun ini membuktikan bahawa warisan, semangat kekitaan, dan budaya komuniti Bako terus segar dan relevan dalam landskap sosial hari ini.

Oleh Norman B.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: RM460,000 naik taraf surau Kampung Sungai Endot
Next: Tuai rumah dan ketua kampung sebar luas projek kerajaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.