Hospital Miri cari waris pesakit

Facebook
WhatsApp
CARI WARIS…Pihak Hospital Miri mencari waris pesakit (gambar) yang tidak mempunyai rekod pengenalan diri.

KUCHING: Hospital Miri kini sedang mencari ahli keluarga kepada seorang pesakit yang tidak mempunyai sebarang rekod pengenalan yang kini mendapat rawatan di Hospital Miri.

Pesakit tersebut telah dimasukkan ke hospital sejak 22 Jun lepas, tanpa ahli keluarga dan ditempatkan di Hospital Miri.

Pesakit tidak dapat memberikan maklumat mengenai ahli keluarga pesakit kesan daripada penyakit yang dihidapi beliau.

Sepanjang berada di hospital, tiada waris mahupun kenalan datang melawat pesakit.

Justeru, orang awam yang mengenali waris atau ahli keluarga pesakit, dimohon untuk menghubungi Jabatan Kerja Sosial Hospital Miri, Norlida Samat di talian 085-420033 sambungan 583 dengan kadar segera.

Tiga program utama Sarawak ditangguhkan

KUCHING: Tiga program utama di Sarawak yang dijadualkan berlangsung hujung bulan ini hingga awal September ditangguhkan susulan keadaan jerebu dan

Tiga program utama Sarawak ditangguhkan

KUCHING: Tiga program utama di Sarawak yang dijadualkan berlangsung hujung bulan ini hingga awal September ditangguhkan susulan keadaan jerebu dan