Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RM98.82 juta disalur kepada lebih 55,000 penerima, Sarawak prihatin sempena Gawai
  • TEMPATAN

RM98.82 juta disalur kepada lebih 55,000 penerima, Sarawak prihatin sempena Gawai

Utusan Sarawak 22 hours ago

SELANGAU: Kerajaan Sarawak terus menzahirkan keprihatinannya terhadap kebajikan rakyat dengan menyalurkan pelbagai bentuk bantuan sempena musim perayaan, khususnya kepada golongan sasar yang memerlukan.

Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam, berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) telah menyalurkan sejumlah RM98.82 juta kepada 55,184 penerima di seluruh negeri dari Januari hingga April tahun ini.

“Bantuan ini meliputi pelbagai skim termasuk Bantuan Warga Emas (BWE), Bantuan Kanak-Kanak (BKK), Bantuan Am, Elaun Pekerja OKU (EPOKU), Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik (BPT), Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB), Bantuan Anak Pelihara (BAP), dan Bantuan Belia-Beliawanis (BBB),” katanya.

Menurut beliau, bantuan itu bukan sahaja membantu meringankan beban kewangan penerima, malah menjadi sokongan moral untuk mereka meneruskan kehidupan dengan lebih yakin dan bermaruah.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Sejambak Kasih Gawai yang diadakan di Selangau, semalam.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan bahawa seramai 24,101 penerima di seluruh Sarawak bakal menerima manfaat daripada program berkenaan, yang melibatkan 13 daerah utama termasuk Kapit (2,878 penerima), Sibu (2,871), Sri Aman (4,359), dan Kuching (2,896).

Di bawah program Sejambak Kasih Gawai, setiap penerima akan menerima bantuan kewangan RM100 serta hamper bernilai RM80.

Inisiatif ini telah dilaksanakan lebih dua dekad bagi memastikan tiada golongan yang terpinggir daripada menyambut perayaan.

“Matlamat utama program ini adalah untuk membantu persiapan menyambut perayaan sambil mengeratkan hubungan antara pihak jabatan dan masyarakat,” tambahnya.

Mohammad Razi turut menegaskan bahawa inisiatif kebajikan seumpama ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa diberi perhatian.

“Gunakan bantuan ini sebaiknya dan jadikan ia pemangkin untuk memperbaiki kehidupan.

“Cabaran itu lumrah, tetapi dengan usaha dan doa berterusan, insya-Allah akan ada hasilnya,” ujarnya.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Ir Christopher Gira Sambang, Pegawai Daerah SelangauYalin Asan, wakil Pengarah Kebajikan Negeri Noren Chunggat, serta wakil Residen Bahagian Sibu Mecgyver Boi.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: MPOGCF, SOP meterai MoU pulihara sawit dan biodiversiti mampan
Next: 12 Mahasiswa lawat Marudi, perkasa komuniti luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.