Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis rungkai cubaan seludup dadah RM380,000 di Miri
  • JENAYAH

Polis rungkai cubaan seludup dadah RM380,000 di Miri

Utusan Sarawak 2 days ago
DIRAMPAS… Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah (dua, kanan) menunjukkan dadah yang dirampas daripada suspek.

MIRI: Polis menahan seorang lelaki tempatan dan merampas dadah dianggarkan bernilai RM380,000 di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Miri, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, suspek berusia 20 tahun itu ditahan kira-kira 3.30 petang oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.

“Ketika ditahan, polis menemui satu kotak yang dibawa suspek.

“Hasil pemeriksaan ke atas kotak tersebut menemui bahan disyaki dadah jenis Methamphetamine seberat 10.561 kilogram serta beberapa pod berisi cecair dipercayai dadah jenis Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 986 gram.

“Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM380,000,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurut Mohd Farhan, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau, jika tidak dikenakan hukuman mati, penjara seumur hidup dan tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Kastam gagalkan cubaan seludup dadah dalam kotak makanan ringan
Next: Cathilyenn dikesan di London

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.