Jemaah Malaysia puji inisiatif Makkah Route Arab Saudi

Facebook
WhatsApp

RIYADH: Jemaah haji Malaysia yang berlepas ke Tanah Suci memuji Inisiatif “Makkah Route” di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atas kelancaran dan kecekapan perkhidmatan yang disediakan, sekali gus memudahkan urusan pra-pelepasan mereka.

Inisiatif berkenaan turut merangkumi proses penerimaan, penyempurnaan prosedur perjalanan dan kelancaran transit ke tanah suci, lapor Agensi Berita Saudi (SPA), semalam.

Para jemaah juga menzahirkan penghargaan terhadap Raja Salman Abdulaziz Al Saud, serta Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri, Mohammed Salman atas pelancaran dan sokongan terhadap inisiatif berkenaan.

Mereka berkata bahawa inisiatif itu telah menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi serta membantu mempercepat dan menyusun atur kemasukan mereka ke Kerajaan Arab Saudi. – Bernama – SPA

Ancaman bom ganggu penerbangan di Eropah

LONDON, 4 November: Kira-kira 10 penerbangan di Eropah menjadi sasaran ancaman bom, menyebabkan sebuah lapangan terbang di Warsaw ditutup sementara