Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Arsenal tewas, PSG ke pentas akhir Liga Juara-Juara
  • SUKAN

Arsenal tewas, PSG ke pentas akhir Liga Juara-Juara

Utusan Sarawak 1 day ago
PEMAIN PSG meraikan kemenangan untuk mara ke pentas akhir Liga Juara-Juara. FOTO AFP

PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) berjaya melangkah ke pusingan akhir Liga Juara-Juara UEFA selepas menewaskan Arsenal 2-1 dalam perlawanan separuh akhir kedua awal pagi tadi, sekali gus meraih kemenangan agregat 3-1.

Pengendali PSG, Luis Enrique menegaskan pasukannya layak berada di peringkat akhir walaupun berdepan kesukaran mengatasi Arsenal di Parc des Princes.

“Dalam dua perlawanan, kami menjaringkan lebih banyak gol dan itulah yang paling penting dalam bola sepak. Tetapi Arsenal bermain sangat baik, kami benar-benar menderita,” katanya.

Gol jaringan Fabian Ruiz dan Achraf Hakimi meletakkan PSG selesa mendahului sebelum Bukayo Saka merapatkan jurang buat Arsenal.

Vitinha turut berpeluang menambah jaringan namun, penaltinya diselamatkan penjaga gol The Gunners.

Penjaga gol PSG, Gianluigi Donnarumma menjadi watak penting dalam perlawanan itu dengan beberapa aksi penyelamatan cemerlang yang menafikan usaha Arsenal memburu kebangkitan.

Walaupun pengendali Arsenal, Mikel Arteta berpendapat pasukannya lebih unggul sepanjang dua perlawanan, Luis Enrique tetap percaya pasukannya layak mara ke perlawanan akhir kejohanan berprestij itu.

“Ini mungkin perlawanan paling sukar kami di UCL musim ini, tetapi kami layak berada di final,” katanya.

PSG kini bakal berdepan Inter Milan pada perlawanan akhir di Munich pada 31 Mei, selepas menyingkirkan tiga kelab Liga Perdana Inggeris iaitu Arsenal, Liverpool dan Aston Villa dalam kempen mereka.

Pusingan akhir tersebut adalah penampilan kedua PSG dalam sejarah kelab di pentas akhir Liga Juara-Juara, selepas tewas kepada Bayern Munich pada 2020. – AFP

Continue Reading

Previous: Stadium Azteca dijenamakan semula sebagai Estadio Ciudad de Mexico
Next: FIFA perkenal lokasi Piala Dunia Wanita 2027 di Brazil

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.