Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Bank Rakyat, Mastercard bekerjasama lancar Touch Card untuk OKU cacat penglihatan
  • NASIONAL

Bank Rakyat, Mastercard bekerjasama lancar Touch Card untuk OKU cacat penglihatan

Utusan Sarawak 1 day ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat dengan Mastercard bekerjasama untuk menyepadukan ciri kad sentuh, Touch Card ke dalam pelbagai jenis kad bank terpilih.

Kad ini membantu pemegang kad bank dalam kalangan orang kurang upaya (OKU) iaitu buta selain mereka yang mengalami masalah penglihatan separa bagi mengenal pasti kad kredit, debit dan prabayar mereka.

Touch Card direka dengan mengambil kira aspek kebolehcapaian bagi memberikan rasa keselamatan, keterangkuman dan kebebasan yang lebih tinggi kepada 2.2 bilion orang di seluruh dunia yang mengalami masalah penglihatan.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) turut melaporkan terdapat hampir 64,000 orang cacat penglihatan di Malaysia.

Pengurus Negara Mastercard Malaysia dan Brunei Beena Pothen berkata syarikat itu komited untuk membina ekonomi yang lebih terangkum yang menyokong masyarakat dari semua lapisan kehidupan.

“Penggabungan reka bentuk Touch Card oleh Mastercard dengan Bank Rakyat iaitu bank Islam pertama di Malaysia yang mengguna pakai ciri ini sekali gus mencerminkan dedikasi Mastercard untuk bekerjasama dengan rakan kongsi yang sealiran di seluruh dunia.

“Hal ini bagi meningkatkan kebolehcapaian dan keterangkumannya,” kata Beena dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat Ahmad Shahril Mohd Shariff berkata pengenalan Touch Card mencerminkan komitmen bank untuk menambah baik pengalaman perbankan bagi semua rakyat Malaysia termasuk mereka yang mengalami masalah penglihatan.

“Perkhidmatan kewangan seharusnya terangkum dan boleh diakses oleh semua orang,” katanya. Kerjasama ini turut diperkukuh dengan sokongan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) yang memperjuangkan komuniti cacat penglihatan dan menyokong inisiatif seperti Touch Card bagi mempromosikan kebolehcapaian kewangan. -Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Karnival premium MYFutureJobs 2025 tawar lebih 10,000 peluang pekerjaan – PERKESO
Next: Capital A luas pasaran di Arab Saudi, teroka laluan baharu AirAsia, pelan logistik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.