KUCHING : Yayasan Perpaduan Sarawak percaya bahawa pandemik Covid-19 telah mengukuhkan lagi solidariti di kalangan rakyat Sarawak.
Ini terbukti apabila rakyat dari segenap lapisan berganding bahu untuk meringankan beban golongan yang terjejas teruk akibat pandemik ini.
Dari pembuatan peralatan perlindungan diri (PPE) kepada petugas barisan hadapan dan menderma bahan makanan, kita telah menyaksikan kisah-kisah sokongan dan menyentuh hati dari semua segmen masyarakat.
YPS di dalam kenyataan akhbarnya berkata, dari projek Sarawakâs Pride yang telah dilancarkan oleh YPS tahun lalu, pelbagai cerita telah diterima sebagai testimoni bahawa Sarawak dihuni oleh rakyat yang menakjubkan.
Ada cerita tentang orang yang bermurah hati menyumbang makanan kepada petugas barisan hadapan yang bekerja keras tanpa henti, selain cerita pengorbanan kakitangan yang meminta majikan menghentikan atau mengurangkan gaji mereka sehingga perniagaan kembali pulih dan ada cerita tentang penerimaan bantuan bagi menyesuaikan diri dengan teknologi baharu.
Semua cerita ini memberikan pengalaman solidariti di negeri ini tetapi ia boleh diambil mudah, terutama kerana ia boleh berlaku secara begitu sahaja.
Ada juga yang bekeja di belakang tabir terutama penyedia perkhidmatan penting (utiliti, penguatkuasaan undang-undang, jagaan kesihatan) yang setia berkhidmat atau mereka yang bekerja untuk menjamin bantuan disalurkan kepada mereka yang memerlukan serta terjejas akibat pandemik (agensi kebajikan, badan bukan kerajaan, juruteknik sistem) bagi menjamin kita semua selamat di dalam masa mencabar ini.
Bersempena dengan Hari Sarawak 2020, YPS mengucapkan tahniah kepada perpaduan dan solidariti yang ditunjukkan oleh rakyat, terutama yang bekerja sebagai petugas barisan hadapan sejak pandemik bermula di Sarawak.
Sekarang ini semua orang adalaah petugas barisan hadapan untuk menjadikan Sarawak kekal selamat.
Marilah kita terus berwaspada dan memainkan peranan untuk memutuskan rantaian jangkitan dan bersatu bagi mengharungi pandemik ini. Jaga Sarawak, Intu Sarawak.