APM Limbang tangkap ular sawa di Kampung Patiambun

Facebook
WhatsApp
BERTINDAK TENANG…APM berjaya menangkap ular sawa di belakang rumah penduduk di Limbang.  
 

LIMBANG: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Limbang berjaya menangkap seekor ular sawa sepanjang dua meter di belakang rumah penduduk di Kampung Patiambun, semalam.


Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang Kapten (PA) Bonnie Madisun berkata sepasukan anggotanya diketuai Lans koperal (PA) Amirul  Matusin bergegas ke lokasi kejadian yang jauhnya 4.5 kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Limbang  sebaik menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 7.41 malam.


“Sebaik tiba di lokasi, anggota kita mendapati ular berkenaan dilihat berada di belakang rumah pengadu.


“Ular sawa sepanjang dua meter itu berjaya ditangkap dengan kaedah menjerut dan tiada sebarang kecederaan berlaku.


Operasi menangkap ular sawa itu mengambil masa kurang 10 minit,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Oleh Adeng Edrus