
MIRI: Penduduk sekitar Miri dialu-alukan untuk menyertai Program Bakti MADANI (PBM) Miri 2025 yang akan berlangsung dari 9 hingga 11 Mei di Stadium Bandaraya Miri.
Program selama tiga hari ini menghimpunkan pelbagai perkhidmatan, peluang dan inisiatif daripada Kerajaan Persekutuan serta kerajaan Sarawak, semuanya di bawah satu bumbung.
Antara pengisian menarik yang menanti pengunjung termasuk Pameran Perkhidmatan dan Kerjaya, Karnival Usahawan RECODA, jualan Rahmah MADANI, saringan kesihatan percuma, cabutan bertuah, Pocket Talk serta pelbagai aktiviti interaktif untuk seisi keluarga.
Acara turut dimeriahkan dengan Konsert Rakyat yang akan diadakan pada Sabtu, 10 Mei ini pada 8.00 malam. Masuk adalah percuma.
Oleh Adum Liu