Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Suntik semangat baru: Sekolah di Dalat diterajui bantuan RM300,000 MLNG
  • PENDIDIKAN

Suntik semangat baru: Sekolah di Dalat diterajui bantuan RM300,000 MLNG

Utusan Sarawak 2 days ago
DATO Sri Fatimah Abdullah menyerahkan sumbangan berbentuk peralatan pembelajaran kepada salah seorang murid pada majlis perasmian menerusi Program Petronas Memperkasakan Ilmu: Program Jangkauan Luar MLNG Bestari. Foto UKAS

DALAT: Dua sekolah di sini menerima suntikan semangat baharu apabila menerima sumbangan berjumlah RM300,000 daripada Malaysia LNG Sdn Bhd (MLNG) menerusi Program Petronas Memperkasakan Ilmu: Program Jangkauan Luar MLNG Bestari.

Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kut Tengah dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Poi Yuk merupakan penerima utama manfaat program tahun ini yang bertujuan meningkatkan kualiti pendidikan di kawasan luar bandar.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat, Dato Sri Fatimah Abdullah.

“Sumbangan ini amat bermakna dalam memperkukuh infrastruktur pendidikan di kawasan pedalaman.

“Saya yakin ia akan memberi impak positif terhadap pencapaian pelajar serta menyuntik semangat kepada para guru,” katanya ketika berucap dalam majlis perasmian semalam.

Sumbangan berkenaan merangkumi kerja-kerja pengubahsuaian dan penyediaan pelbagai kelengkapan pendidikan seperti televisyen pintar, meja, kerusi, sistem siar raya, lampu solar serta peralatan pembelajaran lain.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat MLNG, Mohamed Syazwan Abdullah@Laga Jenggi, menjelaskan bahawa inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan MLNG untuk memperkasakan komuniti dan memperluas akses kepada pendidikan berkualiti.

“Kami percaya, penyediaan kemudahan yang lebih baik akan mampu mencetuskan semangat belajar yang lebih tinggi dalam kalangan pelajar luar bandar,” ujarnya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Pendidikan Daerah Dalat Magdeline Jon, Guru Besar SK Sungai Kut Tengah Muhammad Nur Salhan Salam, dan Guru Besar SJK(C) Poi Yuk, Ngieng Seng Hung.

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Konvensyen JCI Area Sarawak 2025, cungkil idea belia
Next: i-CATS perkukuh pendidikan teknikal Sarawak, jalin kerjasama dengan 41 rakan industri, institusi TVET

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.