Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Menteri Komunikasi ASEAN mulakan mesyuarat di Brunei
  • SEMASA

Menteri Komunikasi ASEAN mulakan mesyuarat di Brunei

Utusan Sarawak 5 days ago
PUTERA Mahkota Brunei Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri menyampaikan ucapan semasa merasmikan majlis perasmian Persidangan Menteri-Menteri ASEAN Bertanggungjawab Untuk Penerangan (AMRI) ke-17, yang diadakan di sebuah hotel di sini hari ini. FOTO BERNAMA

BANDAR SERI BEGAWAN: Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching dijadualkan bertemu rakan sejawatan ASEAN pada hari pertama Persidangan Menteri-Menteri ASEAN Bertanggungjawab Terhadap Maklumat (AMRI) ke-17 dan Mesyuarat Berkaitan di sini hari ini.

Persidangan dua hari itu, antara lain akan membincangkan kemajuan strategik dalam bidang media dan maklumat serta menangani isu baharu muncul seperti maklumat palsu, maklumat salah, keterangkuman digital, penggunaan etika kecerdasan buatan (AI) serta transformasi digital.

Putera Mahkota Brunei yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah akan menyampaikan ucapan pembukaan AMRI yang diadakan di sebuah hotel di sini hari ini.

Selain menteri-menteri dan pegawai kanan bertanggungjawab terhadap maklumat dari negara anggota ASEAN, persidangan turut dihadiri wakil dari ASEAN Campur Tiga iaitu China, Japan dan Korea Selatan.

Teo mengetuai delegasi Malaysia pada persidangan dua hari itu.

Turut serta dalam delegasi Malaysia ialah Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat Jabatan Penerangan (JaPen) Muhammad Najmi Mustapha dan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Norhani Mohamad Adzhar

Delegasi itu juga dianggotai Pengarah II (ASEAN dan Dua Hala) Fatin Nabiha Ab Aziz, Editor Eksekutif Perkhidmatan Berita Antarabangsa Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Mohd Shukri Ishak serta pegawai kanan lain daripada Kementerian Komunikasi dan agensinya.

Selain itu, menteri-menteri dan pengawai kanan bertanggungjawab terhadap maklumat dari negara anggota ASEAN dan pemimpin ASEAN Campur Tiga dijadualkan menghadap Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurull Iman pada 8 Mei. — Bernama

Continue Reading

Previous: TH jamin keselamatan sistem dan aplikasi data jemaah haji
Next: Hasil laut masih rendah, LKIM ajak nelayan Sarawak gandakan usaha

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.