
SEOUL: Gergasi e-dagang Korea Selatan, Coupang Inc., pada Selasa mengumumkan pelancaran antara muka atau “interface” aplikasi mudah alih dalam bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelanggan asing yang membeli-belah dalam talian, lapor Agensi Berita Yonhap.
Para pengguna boleh mengakses fungsi utama aplikasi seperti carian produk, maklumat pesanan, penerangan produk dan pembayaran dalam bahasa Inggeris.
Beberapa perkhidmatan popular seperti Rocket Delivery, cross-border shopping serta Gold Box — yang menawarkan promosi harian eksklusif — turut disediakan dalam bahasa Inggeris.
Pengguna boleh mengaktifkan “interface”dengan menukar tetapan bahasa dalam menu My Coupang pada aplikasi berkenaan.
“Jumlah pelanggan yang membuat carian produk dalam bahasa Inggeris semakin meningkat.
“Ia akan menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih intuitif dan mudah untuk pelanggan antarabangsa,” kata seorang pegawainya. — Bernama – Yonhap