SANTI Cazorla akan meninggalkan Villarreal pada akhir musim ini dan ia disahkan sendiri oleh pemain tengah berkenaan.
Cazorla mengucapkan selamat tinggal kepada kelab itu menjelang perlawanan terakhir La Liga berdepan Eibar awal pagi hari ini.
Dia dijangka menyertai kelab Qatar, Al-Sadd yang dibimbing oleh Xavi Hernandez.
Pemain berusia 35 tahun itu menikmati tempoh tiga tahun cemerlang di Villarreal selepas dua tahun berdepan masalah kecederaan yang dahsyat.
Cazorla melakukan 180 penampilan selama enam tahun di Arsenal dan 81 kali dengan Sepanyol.
Dia juga bermain untuk Malaga dan Recreativo Huelva selepas kali pertama menyertai Villarreal ketika zaman remaja.
“Villarreal memberikan saya segalanya. Pada usia 18 tahun mereka melatih seorang budak lelaki dari Oviedo yang tidak mengenali sesiapa pun. “Saya berharap ia sama seperti yang saya tinggalkan sebelum ini dan berharap dapat bertemu anda