
BINTANGOR: Dua anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor berjaya menangkap seekor ular tedung hitam yang ditemui di luar rumah kuarters Klinik Bintangor, semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.11 pagi.
“Komander operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Ahmad Jais Ahad bersama seorang anggota bomba bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.
“Setibanya di lokasi, didapati seekor ular tedung hitam masih berada di luar rumah tersebut,” katanya ketika dihubungi.
Tambahnya, ular tedung hitam berjaya ditangkap menggunakan alat penjerut ular.
“Ular ditangkap dalam tempoh lebih kurang 15 minit.
“Khidmat khas menangkap ular selesai sepenuhnya pada 8.30 pagi,” katanya.
Oleh Earl Anek