
LAWAS: Lapangan Terbang Lawas ditutup bermula hari ini sehingga diberitahu kelak berikutan limpahan air Sungai Batang Lawas ke kawasan landasan.
Penutupan ini susulan hujan lebat berterusan sejak malam tadi yang menyebabkan kawasan landasan dinaiki air, kata pihak pengurusan lapangan terbang.
Ini merupakan kali kedua lapangan terbang tersebut ditutup tahun ini, selepas kejadian banjir pada 21 Mac lalu yang menyaksikan operasinya dihentikan selama dua hari.
Oleh Adeng Edrus