Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pengsan ketika rekreasi, lelaki tua diselamatkan di Ulu Anap
  • Utara
  • WILAYAH

Pengsan ketika rekreasi, lelaki tua diselamatkan di Ulu Anap

Utusan Sarawak 2 weeks ago
ANGGOTA bomba mengiringi mangsa keluar ke kawasan selamat. Foto JBPM

TATAU: Seorang lelaki berusia 60 tahun diselamatkan oleh anggota bomba selepas dilaporkan pengsan ketika berada di kawasan Bukit Kana Resort National Park, Jalan Sangan, Ulu Anap, semalam.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 12.32 tengah hari.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau mendapati mangsa yang sebelum itu pengsan, telah sedar dengan sendiri.

“Pasukan penyelamat kemudian mengiringi dan membantu membawa mangsa keluar ke kawasan selamat,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Pejabat Daerah Tatau untuk tindakan lanjut.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MPS komited sampaikan perkhidmatan, dekati masyarakat
Next: Penduduk Piasau disaran berperanan aktif pelihara kebersihan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.