Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Bilik tingkat satu rosak 10 peratus dalam kebakaran
  • KEBAKARAN

Bilik tingkat satu rosak 10 peratus dalam kebakaran

Utusan Sarawak 2 weeks ago

KEBAKARAN didapati melibatkan longgokan sampah dan tidak menjejaskan struktur bangunan. Foto JPBM Sarawak

BINTULU: Bilik tingkat satu sebuah bangunan di sini mengalami kerosakan sekitar 10 peratus dalam kejadian kebakaran longgokan sampah malam tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.17 malam.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu bersama empat jentera digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kebakaran melibatkan longgokan sampah di dalam sebuah bilik berkeluasan 15 x 20 kaki persegi di tingkat satu bangunan bersaiz 400 x 200 kaki persegi.

“Kebakaran berjaya dipadamkan oleh lima anggota Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki yang dilengkapi satu nozel air dari pili bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, kebakaran tersebut hanya melibatkan timbunan sampah dan tidak menjejaskan struktur utama bangunan.

Dalam kejadian itu, seorang anggota ERT mengalami kecederaan ringan di bahagian muka semasa operasi pemadaman dan dihantar ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Oleh Carolyne Utih

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Bengkel musnah 30 peratus dalam kebakaran
Next: Kereta terbakar 100 peratus, dua individu terselamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.