Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Individu tertua di Jepun meninggal dunia pada usia 115 tahun
  • GLOBAL

Individu tertua di Jepun meninggal dunia pada usia 115 tahun

Utusan Sarawak 3 weeks ago
OKAGI Hayashi

GIFU (Jepun): Okagi Hayashi, wanita berusia 115 tahun yang diiktiraf sebagai individu tertua di Jepun, meninggal dunia akibat kegagalan jantung hujung minggu lepas, menurut Kementerian Kesihatan negara itu, semalam.

Hayashi, yang dilahirkan pada 2 September 1909, meninggal dunia pada pagi Sabtu di sebuah hospital di kampung halamannya di Toki, Wilayah Gifu, lapor Kyodo News memetik kementerian dan sumber lain.

Beliau menjadi orang tertua di Jepun pada Disember lepas selepas kematian Tomiko Itooka, yang meninggal dunia pada usia 116 tahun dan diiktiraf sebagai individu tertua di dunia ketika itu.

Kini, orang tertua di Jepun ialah Mine Kondo, 114 tahun, yang menetap di Kota, Wilayah Aichi. – Bernama – Kyodo

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Emirates luaskan perkhidmatan A380, Boeing 777 ditambah baik ke lapan bandar raya lain
Next: Jet pejuang tentera laut AS ‘hilang di Laut Merah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.