
SIBU: Enam pintu berek Pasukan Gerakan Am (PGA) di Jalan Lanang, di sini dilaporkan terbakar sebentar tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 7.58 petang.
“Pasukan Keluaran Operasi (PGO) melaporkan kebakaran melibatkan satu berek PGA 10 pintu tidak berpenghuni. Sebanyak enam daripadanya terbakar dan empat lagi berjaya diselamatkan.
“Operasi telah terkawal dan kerja-kerja pemadaman masih dijalankan,” katanya menerusi kenyataan sebentar tadi.
Oleh Akun Giman