Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Cahaya Kenyalang rangkul johan Salui Lukut Kaul Mukah 2025
  • SEMASA

Cahaya Kenyalang rangkul johan Salui Lukut Kaul Mukah 2025

Utusan Sarawak 3 weeks ago
TAHNIAH…Cahaya Kenyalang merangkul johan Salui Lukut Kaul Mukah 2025, Gerak Pahlawan di tempat kedua dan Sadiq Sigaraga di tempat ketiga. – Foto UKAS

MUKAH: Salui Lukut Cahaya Kenyalang milik Team Tutus Hilir dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Salui Lukut sempena Kaul Mukah 2025 bagi kategori Juara-juara.

Cahaya Kenyalang menewaskan lima pesaing lain iaitu Gerak Pahlawan di tempat kedua dan Sadiq Sigaraga di tempat ketiga.

Manakala Salui Lukut Mukah Sakti, Hari-hari dan Joe King menerima hadiah saguhati.

Team Tutus Hilir membawa pulang Piala Pusingan Salui Lukut Kaul Mukah yang diperkenalkan sejak 2017 seterusnya menyimpan piala tersebut setelah tiga tahun memenangi johan berturut-turut.

Pada penganjuran tahun 2023, Team Tutus Hilir menang melalui Salui Lukut Agro Kenyalang, tahun 2024 Salui Lukut Bunga Emas dan tahun ini, Cahaya Kenyalang.

Hadiah kepada pemenang kategori Juara-juara telah disampaikan oleh Kr Ardyman Matan selaku Penyelaras Acara Kaul Mukah 2025.

Bagi kategori Harapan pula, Salui Lukut Ekan Moha memenangi tempat pertama, Press Metal di kedudukan kedua dan Sri Kelaup berpuas hati di tempat ketiga.

Salui Lukut Puteri Danau 1, Booster 1 dan Putera Dalat membawa balik hadiah saguhati.

Hadiah kepada pemenang bagi kategori Harapan disampaikan oleh Pengiran Saifuddin merangkap Bendahari Persatuan Melanau Mukah.

Pertandingan Salui Lukut Kaul Mukah kali ini disertai oleh sebanyak 192 penyertaan daripada penggiat dan peminat Salui Lukut.

Pertandingan ini dianjurkan oleh YUSAPET (Yunit SABERKAS Petanak) dengan kerjasama Pemuda N57 Tellian, Pemuda N58 Balingian, Pusat Khidmat P213 Mukah dan Armada Generasi Warisan.

Turut hadir pada majlis penyampaian hadiah ialah Pengerusi YUSAPET, Roslan Hamdan, Naib Pengerusi Pengelola, Terry Anthony, Ketua Kaum Zaidi Basli, peserta dan urusetia pertandingan. -UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Peranan sukarelawan mahasiswa bangunkan kesejahteraan sosial masyarakat
Next: Bacaan yasin, doa selamat mohon kelancaran operasi haji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.