Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Abang Johari bakal ketuai lawatan kerja rasmi ke UK
  • TEMPATAN

Abang Johari bakal ketuai lawatan kerja rasmi ke UK

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama delegasi kerajaan Sarawak bakal ketuai lawatan ke United Kingdom pada 29 April ini. Foto UKAS

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan mengetuai delegasi kerajaan Sarawak untuk mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pusat Inovasi CSA Catapult di Newport, United Kingdom pada 29 April ini.

Lawatan kerja rasmi ini merupakan sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kerjasama pembangunan industri semikonduktor antara United Kingdom dan Sarawak.

Lawatan tersebut juga bakal menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian kerjasama antara SMD Semiconductor Sdn. Bhd. dengan CSA Catapult, Silicon Catalyst dan 5G3i Ltd. dari United Kingdom.

CSA Catapult merupakan pihak berkuasa utama United Kingdom dalam aplikasi dan pengkomersialan semikonduktor kompaun, manakala Silicon Catalyst ialah inkubator utama bagi pembangunan semikonduktor, dan 5G3i Ltd. ialah penyedia terkemuka bagi penyelesaian kecerdasan buatan (AI) di peringkat litar.

Dalam majlis yang sama, kerajaan Sarawak akan membentangkan Sarawak Semiconductor Roadmap 2030 kepada pemain industri semikonduktor United Kingdom melalui satu sesi taklimat oleh Pengerusi SMD Semiconductor, Dato Sri Dr. Wan Lizozman Wan Omar yang juga Setiausaha Kewangan Sarawak.

Turut diadakan demonstrasi perkakasan dan pelancaran prototaip penukar kuasa bertenaga AI baharu oleh SMD, yang menampilkan sistem pengurusan dan kawalan kuasa pintar berinovasi tinggi untuk aplikasi dalam sektor tenaga, pengangkutan, industri, serta sistem kawalan misi kritikal dalam bidang aeroangkasa, penjagaan kesihatan dan pertahanan.

Lawatan ke fasiliti tersebut akan diakhiri dengan majlis jaringan makan tengah hari bersama wakil Kerajaan England, Scotland dan Ireland Utara, bagi mengeratkan hubungan dua hala antara Sarawak dan United Kingdom khususnya dalam bidang pembangunan semikonduktor kompaun.

Untuk rekod, SMD Semiconductor telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan CSA Catapult pada April 2024 bagi membuka laluan kepada kerjasama strategik antara ekosistem semikonduktor Sarawak dan United Kingdom.

Manakala pada 30 April, Abang Johari akan meneruskan lawatan kerja ke United Kingdom dengan mengadakan kunjungan ke Cambridge University Press and Assessment, sebuah institusi bukan sekolah di bawah Universiti Cambridge yang menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan dalam bidang pendidikan, pembelajaran, penyelidikan dan penilaian kelayakan.

Perkhidmatan penilaian yang ditawarkan termasuk pengurusan pelbagai jenis ujian, khususnya kelayakan untuk peringkat sekolah dan pendidikan tinggi, serta ujian standardisasi yang berkaitan dengan pelaksanaan penilaian di sekolah di Sarawak.

Pada 1 Mei pula, Abang JOhari akan mengetuai delegasi ke London School of Economics and Political Science (LSE) untuk menghadiri sesi meja bulat mengenai kelestarian, diikuti pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara LSE dan kerajaan Sarawak.

Pada sebelah petang pada hari yang sama, beliau dijadual mengadakan pertemuan dengan pegawai International Hydropower Association dan Global Renewable Alliances bagi memperkukuh kerjasama dalam bidang tenaga hidro, sejajar dengan peranan Sarawak sebagai penyedia tenaga hidro utama di rantau ASEAN.

Seterusnya pada 2 Mei, Abang Johari akan menyampaikan ucaptama pada perhimpunan pemain industri dan ketua-ketua korporat bagi mempromosikan peluang pelaburan dan kerjasama dalam industri lestari dan tenaga boleh diperbaharui di Sarawak.

Pada 3 Mei, beliau akan bertemu dengan pelajar Sarawak di United Kingdom pada majlis Lan Berambeh anjuran Persatuan Pelajar Sarawak di United Kingdom, bagi berkongsi perkembangan inisiatif pembangunan negeri dan menjawab persoalan daripada para pelajar.

Keesokannya pada 4 Mei, delegasi akan bertolak ke Toulouse, Perancis untuk lawatan kerja ke ibu pejabat Airbus sebelum meneruskan perjalanan ke Abu Dhabi bagi mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa pelabuhan Abu Dhabi serta lawatan ke Pelabuhan Abu Dhabi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Zayed.

Antara anggota delegasi kerajaan Sarawak ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn; Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi; Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki; Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Hardin Hollis; Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni; serta Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) Dato Ibrahim Baki. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Platfrom masyarakat setempat tingkatkan taraf ekonomi
Next: Sarawak perkukuh agenda digital melalui program latihan AI

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.