LAWAS: Pembinaan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Long Semadoh, Lawas di bawah Inisiatif RM1 bilion untuk membina semula sekolah daif telah siap sepenuhnya dan diserah kepada pengurusan sekolah semalam.
Penolong Jurutera Residen mewakili Pejabat Wilayah Utara, Kuchares Kek, telah menyerahkan secara rasmi kepada Guru Besar SK Long Semadoh, Rosta.
Skop kerja melibatkan pembinaan enam unit bilik darjah, dua unit kuarters berkembar, tandas pelajar, tangki air hujan dan kerja-kerja luaran.
Pihak sekolah amat gembira menerima sekolah yang diberi nafas baharu ini yang pasti akan mewujudkan suasana permbelajaran yang baik serta kondusif kepada usaha meningkatkan motivasi para pelajar dan guru.
Oleh Adeng Edrus