LIVERPOOL akan menjulang trofi Liga Perdana Inggeris di gelanggang Kop yang terkenal di Anfield selepas perlawanan terakhir mereka musim ini menentang Chelsea pada 22 Julai.
Kenny Dalglish, yang merupakan pengurus The Reds kali terakhir memenangi memenangi gelaran Inggeris 30 tahun lalu, akan menyampaikan pingat kepada pemain dan kakitangan.
Dengan tidak ada peminat yang dapat hadir kerana wabak Covid-19, Liverpool bekata idea untuk menjulang trofi adalah untuk menghormati peminat kelab.
“Dengan penyokong tidak dapat menghadiri pertandingan dalam stadium kosong, acara bersejarah itu akan melibatkan persembahan unik yang di rancang untuk mengiktiraf dan meraikan peminat Liverpool,” kata Liverpool dalam satu kenyataan.
“Pemain dan kakitangan Reds akan mengumpulkan piala Liga Perdana dan pingat kemenangan mereka di podium khas yang dibina di tengah Kop yang dikelilingi sepanduk peminat.”
Perlawanan akan disiarkan di saluran bebas untuk mengalakkan penyokong tinggal di rumah untuk majlis itu dan bukannya mengerumuni Anfield.
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp telah menggesa para peminat untuk menghormati langkah-langkah penjarakkan sosial setelah ribuan orang berkumpul di sekitar stadium kelab dan di pusat bandar berikutan penobatan mereka sebagai juara bulan lalu. – AFP