Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Masalah elektrik jejas sesi pembelajaran Tabika: Ahli Parlimen tampil bantu
  • Utara
  • WILAYAH

Masalah elektrik jejas sesi pembelajaran Tabika: Ahli Parlimen tampil bantu

Utusan Sarawak 3 weeks ago
TINJAU… Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man turun padang meninjau masalah bekalan elektrik dan pendawaian di Tabika Perpaduan Permyjaya, Miri.

MIRI: Masalah bekalan elektrik dan pendawaian yang berlarutan selama beberapa hari di Tabika Perpaduan Permyjaya di sini telah menjejaskan sesi pembelajaran apabila murid-murid tidak dapat mengikuti kelas seperti biasa.

Bertindak atas aduan yang diterima, Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man telah mengadakan lawatan ke tabika berkenaan bagi mendapatkan maklumat secara langsung daripada pihak pengurusan serta menilai sendiri keadaan infrastruktur yang bermasalah.

“Setelah meneliti isu yang dibangkitkan, kami segera mengambil tindakan dengan mendapatkan khidmat juruteknik bertauliah bagi membaiki sistem pendawaian elektrik yang rosak di dalam kelas.

“Masalah ini telah berjaya diperbaiki buat sementara waktu, membolehkan sesi persekolahan disambung seperti biasa pada keesokan harinya.

“Bagi jangka masa panjang, kerja-kerja penaiktarafan sistem elektrikal perlu dilaksanakan,” katanya.

Chiew, berkata sebagai langkah susulan, beliau akan bekerjasama dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Miri melalui Pusat Khidmat Parlimen Miri untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan di bawah Projek Mesra Rakyat Parlimen Miri.

“Inisiatif ini termasuk penilaian semula tahap keselamatan sistem elektrik sedia ada serta kerja-kerja baik pulih menyeluruh sekiranya diperlukan.

“Saya akan memastikan isu ini dipantau secara berterusan demi keselamatan dan keselesaan anak-anak kita,” ujarnya.

Selain itu, beliau turut melawat Tabika Perpaduan Holiday Park bagi meninjau pelaksanaan Projek Mesra Rakyat yang melibatkan pembekalan penghawa dingin, kipas, serta meja dan kerusi tambahan untuk kemudahan murid.

Lawatan ini turut disertai oleh pegawai ICU dan pegawai dari Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Miri.

Sumbangan tersebut bertujuan meningkatkan tahap keselesaan pembelajaran, terutama dalam cuaca panas yang melampau.

Sebagai Ahli Parlimen Miri, beliau berharap segala sumbangan dan inisiatif yang dilaksanakan mampu menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif, selamat dan selesa buat anak-anak di kawasan ini.

“Pendidikan merupakan pelaburan jangka panjang yang paling penting, dan menjadi tanggungjawab kita semua untuk memastikan generasi akan datang mendapat akses kepada kemudahan terbaik,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Masalah projek bekalan air tangguh, minta penjelasan JBALB
Next: Serah tugas jawatan tertinggi Polis Sarawak, disempurnakan CP Dato Mancha

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.