
DARO: Seekor anak buaya sepanjang empat kaki tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Pangtray, petang semalam.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Daro, LT. (PA) Ra’idah Jomi berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam sekitar 6.02 petang.
“Sepasukan anggota lima anggota APM Daro bergegas ke lokasi kejadian.
“Pengadu mengatakan umpan pancing milik penduduk kampung telah dimakan oleh anak buaya dan menyebabkan anak buaya tersebut tersangkut di mata kail pancing milik penduduk kampung,” katanya menerusi kenyataan.
Katanya, anak buaya tersebut berjaya ditangkap dengan menggunakan teknik menjerut.
Setakat ini, anak buaya tersebut masih berada di Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Daro.
Oleh Akun Giman