WARSAW: Presiden Poland, Andrzej Duda memenangi pusingan kedua pilihan raya presiden, lapor agensi berita Xinhua, memetik Suruhanjaya Pilihan Raya (PKW) negara itu pada Isnin.
Penyandang yang menerima sokongan parti pemerintah, parti Law and Justice itu meraih 51.21 peratus undi. Pencabarnya Datuk Bandar Warsaw, Rafal Trzaskowski pula sekadar mendapat 48.79 peratus undi.
Ketua PKW, Sylwester Marciniak berkata walaupun masih terdapat lima kawasan termasuk Warsaw dan beberapa kertas undi luar negara belum dikira, ia tidak akan mengubah keputusan.
Jumlah keluar mengundi mencecah 68.12 peratus, iaitu 0.08 mata peratusan berbanding 1995, menurut PKW.
Sebelum ini, tinjauan awal mendapati Duda berdepan saingan sengit, dengan hanya 0.8 mata peratusan menyebelahi beliau.- Bernama