Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pertimbang kaji semula kadar pinjaman, terma pembayaran PTPTN
  • PENDIDIKAN

Pertimbang kaji semula kadar pinjaman, terma pembayaran PTPTN

Utusan Sarawak 2 months ago
TAHNIAH… Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima anugerah Ijazah Doktor Kehormat dalam bidang undang-undang daripada Universiti Shenandoah, Amerika Syarikat (AS) di Pusat Aktiviti Kebudayaan UIAM, Kampus Gombak, hari ini. Anugerah tersebut disampaikan Presiden Universiti Shenandoah, Dr Tracy Fitzsimmons (kiri), bagi mengiktiraf sumbangan Perdana Menteri dalam kepimpinan dan pembangunan masyarakat. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mempertimbangkan mengkaji semula kadar pinjaman dan terma pembayaran balik hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi membantu peminjam dengan lebih baik, di samping menangani isu hutang tertunggak yang tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata langkah itu dibuat berikutan hutang tertunggak PTPTN hampir mencecah RM40 bilion setakat ini.

“..jika kita tingkatkan (kadar pinjaman), (mungkin) ia akan menjadi RM50 bilion (jumlah pinjaman). Buat masa ini, saya lihat kita hanya perlu bertahan. Kita akan bantu pelajar dari segi keperluan mereka, tetapi saya rasa kita ada tekad untuk membuat semakan semula.

“Saya ulangi perkara yang saya bangkitkan sebelum ini, bahawa kita boleh menyelesaikan perkara ini jika kita lakukan beberapa perkara, sebagai contoh mengenakan cukai ke atas kelompok yang maha kaya. Ibu bapa mereka yang maha kaya perlu bayar, jadi kemudiannya baru kita boleh pindahkan ia bagi membantu pelajar miskin,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian semasa program ‘Meet Anwar@UIAM: A Special Homecoming’ di Pusat Aktiviti Kebudayaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kampus Gombak di sini.

Program itu menampilkan dialog terbuka antara Anwar dan komuniti kampus, terutama kumpulan pelajar universiti, yang menyaksikan penyertaan hampir 3,000 petugas serta pelajar universiti berkenaan.

Turut hadir Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shaari dan Rektor UIAM, Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar. 

JELASKAN… Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan di Pusat Aktiviti Kebudayaan UIAM, Kampus Gombak, hari ini. Foto Bernama

Sementara itu ketika diminta mengulas dakwaan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bahawa dia dilabel sebagai individu di bawah kawalan Pejabat Kawalan Perjalanan (TCO) sejak tahun lepas menyebabkan pergerakannya dipantau rapi oleh pihak tertentu, Anwar berkata beliau sendiri adalah individu di bawah kawalan TCO.

“Saya pun ada, semua VIP (orang kenamaan) pun ada,” katanya ringkas kepada pemberita selepas program berkenaan.

Semalam, Ahmad Samsuri dilapor berkata keadaan itu menyebabkan beliau perlu melalui kawalan ketat setiap kali berada di sempadan termasuk ketika ke Sabah dan Sarawak, malah memerlukan kelulusan khas sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan. – Bernama

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Bantuan kewangan RM1,200 pelajar Sarawak disalurkan menerusi S Pay Global
Next: YSISS mula beroperasi di Sibu menjelang pertengahan tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.